Friday, May 27, 2011

Berhari Raya di syurga

Hmm, kesian majalah tuu.
Dah lama terbiar atas meja..
Sikit pun aku tak baca kecuali kulit majalah tu.
S.O.L.U.S.I.

Bacalah kejap.
At least dpt la something yg berguna..
Selak punye selak, jumpa satu tajuk yg sgt menarik!
Pasal SYURGA…!!!
Surely, semua org suke, teruja, gembira bile cerita pasal syurga kan..

Kalau anda rasa kt dunia je ada hari raya,
Its means that u were wrong!
Kat syurga pun ada hari raya tau.

Kalau anda rasa kat dunia je ade bazar,
Again, u wrong.
Kat syurga pun ada bazar jugak.

Yg bezanya, hari raya n bazar kat syurga nii lain.
SPECIAL utk ahli2 syurga.
Special sgt2 sbb kite boleh tgk Allah!

Hari Raya kat syurga setiap hari Jumaat, penghulu segala hari.
Hari Jumaat ni ada meeting dgn semua ahli2 syurga n Pemilik syurga.
Firstly, akan ada Bazar Syurga.
Nama je bazar, tp bukan mcm bazar yg kat dunia nii.Takde jual beli pun.
Yg ade hanyalah aktiviti ziarah-menziarahi antara semua ahli syurga.
Ziarah-manziarahi ni bukan calang2 tau,semua ahli syurga keluar dari rumah dgn secantik-cantik dan semewah- mewahnya.

Masa bazar ni dijalankan, ahli2 syurga duduk ikut amalan masing-masing.
Ada yg duduk atas kerusi emas lah, permata lah, n mcm-mcm lagi lahh..ikut lah amalan masing-masing..
Kalau amalan byk, duduk la kat tmpt special, kerusi emas.
Yang paling rendah darjat pulak akan duduk atas lantai pasir yg diperbuat drpd kesturi.
Betapa pemurahnya Allah, smpaikan yg paling rendah darjat pun still dpt tmpat yg special.
Dan yg paling seronok sangaaaat, masa meeting ni diizinkan utk menziarahi Allah…!!! MasyaAllah.

Solusinya, kalau kita nak sgt jumpa Allah kene lah buat amar ma’ruf nahi mungkar. Baru boleh masuk syurga n dpt rasa nikmatnya berhari raya kat syurga. InsyaAllah. Aku kongsi cerita nii pun sbb nak naikkan semangat aku dan jugak anda semua untuk sentiasa mmperbaiki diri. Cerita-cerita ni diriwayatkan dlm beberapa hadis spt Hadis Muslim, al-Tirmizi, dan Ibnu Majah. Pastikan hari ini lebih cemerlang dr semalam! Sesungguhnya org yg paling tinggi darjatnya di sisi Allah adalah org yg bertaqwa.

“ Setiap hari yg kosong drpd maksiat adalah Hari Raya.Setiap hari yang diisi dgn ketaatan, zikir, dan syukur kpd Allah adalah Hari Raya.” – Hasan al-Basri