Cerita kebun ni tak banyak watak sangat. Hanya Tuan kebun, manager kebun, dan dua orang pekerja kebun yang baru. Let say the first worker named Syahir and the second one called Umair.
Syahir datang ke kebun tu. Tetiba dia nampak banyak sgt buah-buahan dan air manis-manis. Syahir kecur air liur. Tanpa berfikir panjang, Syahir dengan rakusnya makan semua buah-buahan yang terhidang dan minum air yang manis-manis tuu sampai tersedak-sedak!
Nauzubillahiminzalik. Sepatutnya, Syahir tak patut makan atau minum hidangan tu sebab bukan hak dia. Ingat, daging yang tumbuh dr sumber yang haram, maka nerakalah tempatnya. Dari Kahab bin Hujarat ia berkata : Rasulullah bersabda "Dan setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api nerakalah lebih utama untuk membakarnya" (HR at-Tabrani)
Kemudian, Syahir melakukan kerja dalam kebun tu, ada pokok yang ditanam, ada pokok yang dicabut. Syahir buat semua kerja tanpa menunggu arahan dari manager kebun terbabit.
Umair pula datang ke kebun itu sambil berkata " Aku tidak akan melakukan sesuatu dalam kebun ini sehingga aku bertemu dengan pemilik kebun ni atau pun wakilnya,".
Datanglah si manager kebun. Manager kebun menegur Syahir kerana tidak mengikut arahannya, tapi Syahir buat tak tau je sambil meneruskan kerja dia. Umair pula melakukan kerja mengikut arahan yang diberikan oleh si manager kebun terbabit. Umair buat semua kerja dengan tekun dan amanah.
Cukup sehari bekerja, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa untuk menerima upah. wheee~
Manager kebun : Syahir, maaf tiada upah untukmu dr Tuan kebun ni. Hanya Umair yang mendapat upah pd hari ini.
Syahir : Ke..Ke..Kenapa pulak? Penat sy buat kerja tau manager. Manager nih tak adil lah!
Manager kebun : Kerana kamu tidak mengikut arahan yang telah aku berikan. Kamu buat kerja sesuka hati kamu je. Aku hanya manager kebun ni, aku hanya menyampaikan apa yang disuruh oleh Tuan kebun ni. Dan kamu, Umair ambillah upahmu ini.
Umair: Alhamdulillah.
»» Sebenarnya apa yang nak disampaikan dalam kisah kebun ni, ada kaitan dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah. Kita sebagai hamba Allah kene patuh perintah Allah.
Ape plak kaitan kita patuh perintah Allah dgn cerita kebun ni?
Ye la, Umair tuu patuh dgn arahan yg diberi oleh manager (manager tuu pulak, hanya menyampaikan arahan dr Tuan kebun). Syahir pulak syok sendiri tak ikut langsung arahan dr manager. Last2, Umair sorg yg dapat upah, Syahir dapat penat je.
Samalah jugak kita kat dunia ni, kita kene patuh ajaran yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w. (Rasulullah s.a.w. hanya menyampaikan wahyu yg diterima dari Allah). Sape yg ikut perintah Allah, dia akan dpt pahala n diberi ganjaran syurga. Manusia yang ingkar akan perintah Allah pulak tak dpt ape2 dan mereka itulah tergolong dlm golongan yg rugi. Nauzubillahiminzalik.
No comments:
Post a Comment